Kelas Interactive (Pengenalan kepada Aplikasi Quiver) dan Advokasi

23 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2019, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Interactive (Pengenalan kepada Aplikasi Quiver) dan Advokasi kepada 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Mereka terdiri daripada 2 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Mereka diperkenalkan dengan aplikasi Quiver di mana mereka telah diberikan tugasan mewarna lukisan. Lukisan mereka kemudian discan menggunakan telefon bagi melihat effect pada lukisan mereka. Di akhir kelas, mereka telah diberikan taklimat advokasi tentang kepentingan kesedaran menggunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali